Tarikh    : 10 Oktober 2018

Masa     : 10.30 Pagi

Peserta : 100 Orang

Lokasi  : Dewan Kuliah SMK Seri Perak

 

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang apa itu internet. Pendedahan yang diberikan merangkumi kebaikan, keburukan, cara penggunaan internet dengan betul, dan sebagainya. Pendedahan internet perlu dalam kalangan pelajar sekolah supaya mereka tahu akan baik dan bahaya internet pada mereka, serta cara-cara untuk mengendalikan sesuatu masalah berkaitan dengan jenayah di internet. Antara petugas PI yang terlibat adalah dari Kg Selabak, Ayer Hitam, Bandar Baru dan Taman Muhibbah. 

Aktiviti :

Taklimat diberikan berselang seli dengan pelbagai jenis soalan yang berkait rapat dengan tajuk taklimat pada hari ini. Ini kerana supaya para peserta menumpukan sepenuh perhatian dalam taklimat tersebut serta ingin menghilangkan keboringan para peserta. Bagi yang dapat menjawab soalan dengan betul, hadiah turut diberikan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Di akhir program, pihak PI memberikan sedikit cenderahati kepada guru yang bertugas. Program berjalan dengan lancar. 

Gambar Disini

Tarikh    : 21 September 2018

Masa     : 9.30 Pagi

Peserta : 1 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Membimbing usahawan untuk membuat aktiviti pemasaran ebook. 

Aktiviti :

Usahawan dibimbing untuk membuat sop close sale dengan menggunakan WhatsApp dan messenger. Selain itu usahawan dibimbing untuk menjadikan proses close sale secara semi auto dengan menggunakan apps note.

Gambar Disini

Tarikh    : 1 September 2018

Masa     : 9.00 Pagi

Peserta : 100 Orang

Lokasi  : PI Sitiawan

 

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk mengeratkan sillaturrahim antara penduduk setempat dan memperkenalkan lagi Pusat Internet Sitiawan pada kawasan terdekat. Program ini turut dihadiri beberapa wakil dari MCMC Perak, TM dan MSD. Pengurus dari Selabak dan juga Kg Gajah turut membantu bagi memeriahkan lagi program ini. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik serta hadiah yang lumayan disediakan untuk para pengunjung. Program ini mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk setempat. 

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan basikal berhias merdeka, pertandingan kuiz & myshop Dashboard Komuniti dan demo masakan (sardin homemade dan tauhu berlauk). Ramai pengunjung mengambil bahagian dalam setiap pertandingan. Ternyata penduduk setempat mampu memberi komitmen yang bagus terhadap segala program yang Pusat Internet Sitiawan anjurkan. 

Gambar Disini

Tarikh    : 7 September 2018

Masa     : 3.30 Petang - 5.00 Petang

Peserta : 1 Orang

Lokasi  : PI Selabak

 

Tujuan :

Kelas ini dijalankan untuk membantu peserta dalam membuat carian di internet untuk menyiapkan tugasan yang diperoleh dari sekolah.

Aktiviti :

Peserta dibimbing untuk mencari maklumat dan memilih bagi mendapatkan maklumat yang betul. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyalin maklumat yang diperoleh ke dalam microsoft office word dan seterusnya membuat penyimpanan di dalam pendrive bagi tujuan rujujkan akan datang.

Gambar Disini

Tarikh   : 24 Ogos 2018

Masa     : 4.00 Petang

Peserta : 2 Orang

Lokasi   : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Kelas ini diadakan untuk membantu peserta dalam menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru mereka. Seminggu cuti sekolah, jadi terdapat banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan sebelum sekolah bermula pada minggu hadapan. 

Aktiviti :

Peserta mencari seberapa banyak bahan dan maklumat yang diperlukan di internet. Kemudian peserta salin semula ke dalam microsoft word untuk dicetak. Antara bahan yang dicari adalah maklumat bertulis dan juga gambar. 

Gambar Disini