MENARA CONDONG TELUK INTAN

TELUK INTAN

Geografi

Bandar Teluk Intan di 4`Utara dan 101.5 `Timur , di sebelah pantai Barat Semenanjung Malaysia. Terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran bagi Hilir Perak. Bandar Teluk Intan di lingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar sekali di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Sungguhpun di luar Lebuh raya Utara Selatan, bandar Teluk Intan terus hidup dan pesat membangun.

Dari segi kedudukan bandar di Malaysia, Teluk Intan menduduki tempat ke-17. Di Perak menduduki tempat ketiga. Ini menunjukkan bandar ini sangat penting. Bandar terdekat ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.

Asal - Usul Nama Teluk Intan

Teluk Mak Intan.

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Info lain:

Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan

Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.

Bentuk Muka Bumi

Muka buminya mendatar dan hanya di Changkat Jong dan Tapah agak tinggi sedikit. Tanah jenis aluvium, hasil limpahan lombong bijih timah daripada Batang Padang dan Lembah Kinta. Airnya keruh. Dahulu, likuan Sungai Perak di Teluk Intan ini penuh dengan hutan nipah dan bakau sehingga tahun 1970. Seberang Teluk Intan mengeluarkan atap nipah dan kayu bakau.

 

 

PETA TELUK INTAN

 

SENARAI NAMA 

Presentation1

 

 

Panduan lokasi ke Teluk Intan

Terdapat 5 jalan bertumpu ke bandar Teluk Intan :

1. Dari arah Plaza Tol Tapah, Tapah Road, Chenderong Balai dan Kampung Gajah.

2. Dari arah Plaza tol Bidor dan Kuala Lumpur.

3. Plaza Tol Kampar dan Kuala Lumpur.

4. Dari arah Hutan Melintang, Sabak Bernam dan Bagan Datoh serta Kelang.

  1. 5. Dari Sitiawan dan Lumut melalui Lebuh raya Kayan.

 

SEJARAH RINGKAS

1874 John Andersonmelaporkan Teluk Intan adalah satu penempatan terawal di Hilir Perak selain Pasir BerdamarBatak Rabit dan Durian Sebatang.

1875 Teluk Intan menjadi pusat pentadbiran dan pengkalan oleh penjajah Inggerissetelah termeterinya Perjanjian Pangkor

Bandar ini lebih lewat berbanding Durian SebatangPasir Bedamar dan Batak Rabit. Pada peringkat awal, Durian Sebatang adalah pusat pentadbiran sebagai pelabuhan untuk mengumpulkan bijih timah dari kawasan Batang PadangBidor dan Tapah.

Residen Britishke-3, Sir Hugh Low meminta jasa baik Gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar baru pentadbiran di Teluk Malunting (Teluk Mak Intan sebagaimana pelat Hugh Low).

Ketika itu pemangku Gabenor Negeri Selat ialah General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925). Anson setuju dengan cadangan Hugh Low, malah melukis pelan pertama bandar Teluk Intan. Anson dilantik sebagai pegawai daerah Teluk Intan dan bersara 1882.

15 Mac 1882 Bandar Teluk Anson diberi sempena namanya. Namanya diberikan oleh Hugh Low dalam persetujuan Majlis Negeri .

Namun Durian Sebatang terus kekal sebagai penghubung kepada pemunggahan hasil tempatan terutama Bidor dan Tapah.

Satu rancangan menyambungkan Teluk Anson dengan Durian Sebatang dan akan menyebabkan Teluk Anson menjadi sebuah pulau di dalam Sungai Perak.

1884 pemangku Residen Perak Frank Swettenhammusykil dengan cadangan terusan ini.

1880-an zaman kereta api di Perak telah menyebabkan peranan sungai sebagai jalan perhubungan telah berubah. Stesen kereta api dan pelabuhan yang kukuh dibina di Batak Rabit. Pelabuhan ini sibuk sehingga Perang Dunia Kedua.

 

Peranan pelabuhan Teluk Intan kedua penting selepas Pelabuhan Klang (Port Swettenham) dari tahun 1934 hingga 1940. Teluk Intan lebih penting berbanding dengan pelabuhan Pulau PinangPrai dan Port Dickson.

1938 Teluk Intan dijadikan Bandar Diraja untuk Raja Muda Perak sehingga kini. Penetapan itu dibuat oleh Sultan Iskandar Shah (1918- 1938) yang ketika itu menjadi Sultan Perak.

Sultan Idris II menukar nama Teluk Anson kepada Teluk Intan semula.

1962 Majlis Bandaran Telok Anson ditubuhkan iaitu sebuah Lembaga Kerajaan Tempatan. Dilantik seorang Pegawai Daerah.

1970-an peranan Teluk intan sebagai stesen kereta api dan pelabuhan ditamatkan kerana Sungai Perak semakin cetek dan hakisan tebing sungai menyebabkan gudang-gudang runtuh ke dalam sungai.

5 April 1980 Majlis Daerah Hilir Perak ditubuhkan bagi mengurustadbir kawasan LangkapChui ChakPelawan, Batu Dua Belas.

Majlis Bandaran Teluk Intan lebih aktif dan tertakluk kepada :

  1. 1. Akta Kerajaan Tempatan 1976
  2. 2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
  • 3. Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974

23 April 2003 Majlis Perbandaran Teluk Intan telah dinaiktaraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri.

Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 4 April 2004.

MEMBELI-BELAH

Antara kawasan membeli-belah yang utama di daerah ini:

  • Rapid Mall (Giant Hypermarket)
  • The Store, Teluk Intan
  • Kompleks Menara Condong, Teluk Intan
  • Kompleks Aik Aik, Teluk Intan
  • TF Value Mart, Teluk Intan
  • Billion Hutan Melintang
  • Gerbang Malam (Uptown)
  • Kedai RM 2.00
  • Kedai Zon Jimat

 

PENDIDIKAN

Antara pusat pendidikan yang popular di daerah Hilir Perak:

 

RESTORAN DAN CAFE

Antara restoran dan cafe yang popular di dapati di daerah Hilir Perak:

  • McDonald's Teluk Intan
  • KFC Teluk Intan
  • KFC Pandu-lalu Teluk Intan
  • Domino Pizza Teluk Intan 
  • Pizza Hut Teluk Intan
  • Sushi King Teluk Intan
  • MarryBrown Teluk Intan
  • OldTown White Coffee
  • Secret Recipe
  • Restoran Mastan Ghani
  • Gulam Rasul
  • Nasi Lambai
  • Sam Burger
  • Kedai Mee Jawa 
  • Wana Cafe

 

KESIHATAN

  • Hospital Teluk Intan
  • Hospital Pakar Anson Bay
  • Pusat Pakar Rajindar Singh
  • Klinik Kampus Perubatan UKMCawangan Teluk Intan
  • Klinik-Klinik Kesihatan
  • Klinik Pergigian
  • Klinik Komuniti