Tarikh    : 8.8.2018

Masa     : 1.30 Petang

Peserta : 120 Orang

Lokasi  : SMK Dato Sagor Langkap

 

Tujuan :

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan internet. Pada masa kini, terlalu banyak penyalahgunaan internet berlaku diantaranya ialah penipuan atas talian (contoh : pembelian barang, identiti palsu, menang sejumlah wang dan sebagainya). Jika tersilap langkah, besar kemungkinan diri sendiri yang menanggung padah (contoh : kehilangan duit, barang dan maruah diri). Terdapat beberapa penerangan lain yang berkaitan dengan internet diterangkan kepada peserta.

Aktiviti :

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan slot KDB berkaitan dengan internet. Selain itu, terdapat Q&A diajukan kepada peserta untuk menunjukkan kefahaman peserta terhadap isi-isi yang telah disampaikan. Bagi mengelakkan peserta bosan, diantara slot-slot yang dibincangkan, diselitkan sekali beberapa video supaya peserta lebih mudah memahami. Cara ini dapat menarik minat peserta dalam memahami dan ingin mengetahui tentang slot yang seterusnya. Program ini diakhiri dengan sesi gambar sebagai kenangan bersama peserta dan guru yang terlibat. Penyampaian hadiah cenderahati kepada guru turut diadakan sebagai tanda terima kasih atas kesudian pihak sekolah dalam memberikan kami ruang serta peluang untuk memberi pendedahan tentang Pusat Internet serta maklumat-maklumat yang kami ingin sampaikan. 

Gambar Disini