Tarikh : 9 Ogos 2018 Masa : 2.00 Petang Peserta : 30 Orang Lokasi : Makmal Komputer SMK Sultan Abdul Aziz |
Tujuan :
Bengkel ini dihadiri dari 10 buah sekolah dan seorang guru, dimana setiap sekolah menghantar tiga orang wakil. Antara sekolah yang terlibat adalah SMK Kg Bahagia, SMK Seri Perak, SK Raja Muda Musa, SK St. Anthony dan lain-lain. Bengkel ini juga dianjurkan oleh Pusat Kegiatan Guru Teluk Intan. Bengkel ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan juga pendedahan tentang beberapa aplikasi untuk membuat animasi. Diantaranya adalah Powtoon, Adobe After Effect, Anime Maker, One Stop Motion dan Toonlastic. Lima aplikasi tersebut merupakan aplikasi untuk membuat animasi bergerak untuk menceritakan apa jua kisah yang dihasilkan.
Aktiviti :
Setiap sekolah telah diberikan tugas untuk membuat sebuah kisah mengunakan salah satu dari lima aplikasi tersebut. Dalam bengkel ini, Setiap sekolah memberikan penerangan bagi aplikasi yang digunakan serta memberikan beberapa contoh bagi mudah memahami. Guru yang terlibat juga memberikan penerangan yang lebih lanjut mengenai kesemua lima-lima aplikasi yang dinyatakan. Ini merupakan satu ilmu baru bagi kami sendiri. Info-info yang diberikan sangat menarik. Seperti yang dinyatakan diatas, setiap sekolah telah diberikan tugas masing-masing dan perlu menghantar hasil kerja kepada PKG Teluk Intan untuk dinilai.