Tarikh : 20 Julai 2018 Masa : 4.00 Petang Peserta : 3 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta dalam menyiapkan kerja sekolah mereka. Pada masa kini, hampir kesemua kerja sekolah yang diberikan memerlukan para peserta untuk mencari maklumat di internet. Peserta meminta kami untuk mengajar cara untuk mengambil maklumat di internet dan dimasukkan ke dalam Microsoft Office Word (copy & paste). Walaupun cara ini sangat mudah bagi kami, namun bagi yang tidak tahu, pasti akan merasa susah.
Aktiviti :
Peserta diminta untuk mencari dahulu maklumat-maklumat yang dikehendaki di internet. Kemudian, kami akan menunjukkan cara mudah bagi menyalin kesemua maklumat di internet ke dalam Microsoft Office Word. Kami hanya menunjukkan caranya sekali, dan mereka akan mengulanginya sehingga mereka tahu dan paham. Diakhir kelas ini, para peserta sudah tahu cara untuk copy & paste dari internet ke Microsoft Office Word.
Tarikh : 13 Julai 2018 Masa : 3.30 Petang Peserta : 1 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Kelas Microsoft Office pada kali ini lebih kepada meletak gambar ke Microsoft Word. Tujuan nya ialah untuk memudahkan peserta menyelesaikan sesuatu tugasan dengan mudah dan cepat. Banyak kerja-kerja sekolah perlu meletakkan gambar sebagai lampiran, dan kebanyakan dari mereka tidak tahu bagaimana untuk berbuat demikian. Sehingga ke hari ini, masih ramai lagi belum mahir dalam meletakkan gambar di Microsoft Word.
Aktiviti :
Peserta diminta untuk mencari beberapa keping gambar di internet dan mencuba utk meletak gambar di Microsoft Word. Antara yang dilakukan oleh peserta ialah salah satu kerja sekolah dimana setiap pelajar diminta untuk meletakkan gambar lokasi suatu tempat menggunakan peta google dan diletakkan di Micorsoft Word. Diakhir kelas, peserta sudah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran Microsoft Word.
Tarikh : 7 Jun 2018 Masa : 11.00 Pagi Peserta : 20 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Program ini diadakan bertujuan untuk menyeru dan mengajak semua umat agama Islam dalam membaca Al-Quran dan menghayati maksud-maksudnya. Justeru itu, bagi sesiapa yang jarang membaca atau kurang memahami maksud ayat-ayat yang dibaca, dengan adanya program ini, dapat membantu mereka mendalami maksud ayat serta membantu dalam bacaan Al-Quran. Program ini juga diadakan di semua peringkat, dimana program ini diadakan di masjid, sekolah, dewan dan sebagainya. Untuk perak sahaja, sebanyak 755 lokasi didaftarkan. Dengan berlangsungnya program ini, insyaAllah ia membantu untuk menarik minat orang ramai dalam mendalami Al-Quran. InsyaAllah, program ini dapat membantu dalam menghubungkan diri (hati) kepada Allah S.W.T.
Aktiviti :
Program ini diketuai oleh Ustaz Elyas Bakri dan dibantu oleh adik Afief dan adik Rafiq dari tahfiz tanjung karang. Program ini dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah, Al-Baqarah (Ayat 1-5) dan Al-Hujurat (Ayat 1-18). Setiap ayat yang dibaca, akan ada terjemahan oleh ustaz serta diiringi dengan cerita-cerita yang mudah difahami serta berkait rapat dengan ayat-ayat yang dibaca. Alhamdullilah, program ini berjalan dengan lancar dan para peserta mendapat manfaatnya.
Tarikh : 6 Julai 2018 Masa : 2.30 Petang Peserta : 3 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Memberi penerangan tentang fungsi-fungsi yang terdapat pada Dashboard Komuniti antaranya ialah MyKomuniti. MyKomuniti berfungsi sebagai penyebaran maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penduduk setempat. Sebagai contoh, jika terdapat jalan rosak atau berlubang disesuatu kawasan di kampung selabak, penduduk kampung boleh menggunakan MyKomuniti sebagai perantaraan dalam menyebarkan maklumat tersebut.
Aktiviti :
Para peserta diminta untuk membuat satu hebahan ringkas di dalam MyKomuniti.
Tarikh : 30 Mei 2018 Masa : 3.30 Petang Peserta : 5 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Kelas bimbingan ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta bagi memahami secara keseluruhan mengenai kegunaan Microsoft Office (Word & Excel). Ini kerana, terdapat segelintir peserta yang masih belum menguasai perkara asas mengenai Microsft Office. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu para peserta dalam menjayakan sesuatu kerja yang diberikan oleh guru. Contohnya kerja kursus, dimana peserta dikehendaki mencari maklumat di internet dan membuat kerja tersebut dengan olahan sendiri dari maklumat-maklumat yang dicari.
Aktiviti :
Peserta diminta untuk mencari maklumat mengenai sejarah selabak dan mencuba untuk mengolah sendiri ayat dari maklumat yang di jumpai. Peserta juga diminta untuk membuat kerja tersebut menggunakan kedua-dua perisian tersebut.