Tarikh : 10 Oktober 2018 Masa : 10.30 Pagi Peserta : 100 Orang Lokasi : Dewan Kuliah SMK Seri Perak |
Tujuan :
Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang apa itu internet. Pendedahan yang diberikan merangkumi kebaikan, keburukan, cara penggunaan internet dengan betul, dan sebagainya. Pendedahan internet perlu dalam kalangan pelajar sekolah supaya mereka tahu akan baik dan bahaya internet pada mereka, serta cara-cara untuk mengendalikan sesuatu masalah berkaitan dengan jenayah di internet. Antara petugas PI yang terlibat adalah dari Kg Selabak, Ayer Hitam, Bandar Baru dan Taman Muhibbah.
Aktiviti :
Taklimat diberikan berselang seli dengan pelbagai jenis soalan yang berkait rapat dengan tajuk taklimat pada hari ini. Ini kerana supaya para peserta menumpukan sepenuh perhatian dalam taklimat tersebut serta ingin menghilangkan keboringan para peserta. Bagi yang dapat menjawab soalan dengan betul, hadiah turut diberikan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Di akhir program, pihak PI memberikan sedikit cenderahati kepada guru yang bertugas. Program berjalan dengan lancar.