Tarikh : 26 Februari 2919 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari Peserta : 1 orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Pada kali ini, peserta diajar cara-cara mengenali enjin carian yang sering digunakan. Antaranya ialah Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan lain-lain.
Aktiviti :
Peserta diminta untuk membuka ketiga-tiga enjin carian tersebut untuk mencuba serta kenali. Peserta diminta untuk mencari maklumat-maklumat dalam bentuk video ngn gambar. Setelah itu, gambar yang dicari dimasukkan kepada Micorosoft Word.
Tarikh : 24 Februari 2019 Masa : 5.00 Petang Peserta : 1 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Frog VLE ialah salah satu platform pembelajaran atas talian antara guru dan murid, dimana dalam aplikasi ini, guru boleh memuat naik segala bentuk soalan, rujukan, dan lain-lain dan digunakan oleh murid. Permainan berbentuk pembelajaran juga amat berkesan supaya murid mudah faham dan senang ingat. Animasi yang menarik dapat menarik minat murid untuk menggunakan aplikasi ini. Guru dan ibubapa boleh memantau pembelajaran murid melalui aplikasi ini.
Aktiviti :
Peserta mencuba menggunakan aplikasi ini untuk belajar. Boleh lihat peserta ini sangat berminat untuk menggunakan aplikasi ini. Peserta dilihat mudah memahami segala soalan-soalan yang disediakan oleh gurunya dalam aplikasi ini, dan mudah untuk menjawab.
Tarikh : 23 Februari 2019 Masa : 3.30 Petang Peserta : 1 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Pada kelas kali ini, peserta diajar untuk membuat jadual dan membuat carian gambar di Google.
Aktiviti :
Peserta diajar cara-cara membuat jadual, dan mencubanya sendiri. Selain itu, peserta juga diajar membuat carian gambar di Google Image. Gambar tersebut kemudian dimasukkan ke dalam Microsoft Office Word.
Tarikh : 24 Februari 2019 Masa : 3.30 Petang Peserta : 1 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Pada kali ini, peserta diajar cara-cara asas dalam teknologi maklumat seperti carian maklumat di internet, membuka fail dan lain-lain.
Aktiviti :
Peserta diminta untuk membuka satu fail di desktop dan menyimpan bahan-bahan yang di cari di google. Antaranya ialah contoh-contoh surat. Kemuadian, peserta diminta untuk menaip semula contoh surat yang dicari sebentar tadi.
Tarikh : 22 Februari 2019 Masa : 8.30 Pagi Peserta : 32 Orang Lokasi : Dewan Kg Selabak |
Tujuan :
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kaum wanita Kg Selabak tentang kepentingan menjaga kesihatan diri, supaya dapat menghindari penyakit-penyakit merbahaya. Antara adalah kanser payudara, kanser pangkal rahim dan sebagainya. Dua penyakit yang dinyatakan merupakan penyakit utama yang sangat digeruni kaum wanita. Didalam program ini, diterangkan bagaimana penyakit-penyakit ini terjadi, langkah-langkah pencegahan, cara mengenal pasti penyakit ini terjadi dan rawatan, dan sebagainya. Matron dan jururawat yang hadir minta semua peserta melakukan rawatan-rawatan kesihatan di klinik atau hospital berdekatan bagi mencegah penyakit merbahaya ini terjadi.
Aktiviti :
Peserta diminta untuk melakukan pemeriksaan sendiri untuk mengenal pasti penyakit kanser payudara, sama ada terdapat benjolan atau tidak, dibawah seliaan jururawat yang hadir. Selain dari itu, semua peserta diminta untuk pergi ke Klinik Desa yang berada berdekatan dengan Dewan Kg Selabak untuk melakukan rawatan Pap Smear, iaitu rawatan untuk mengenal pasti penyakit kanser pangkal rahim.