Tarikh    : 31 Mac 2019

Masa     : 3.30 Petang

Peserta : 2 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Akhbar online merupakan satu platform untuk pengguna mengetahui berita-berita semasa secara online sahaja tanpa perlu pergi ke kedai membeli surat khabar, hanya dengan menggunakan telefon pintar dan internet. Berita-berita semasa yang terdapat dalam surat khabar sama seperti yang terdapat dalam akhbar online. Dengan cara ini dapat mengurangkan penggunaan kertas. 

Aktiviti :

Peserta diajar untuk menggunakan Utusan Online yang merupakan salah satu akhbar online yang terdapat di Malaysia. Peserta boleh mencari apa jua berita, dalam dan luar negara, hanya dengan menekan butang cari sahaja. 

Gambar Disini

Tarikh    : 29 Mac 2019

Masa     : 4.00 Petang

Peserta : 1 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Pada kali ini, peserta diminta untuk menaip satu dialog (cerita pendek) berkaitan dengan isu semasa. Peserta memilih untuk membuat dialog berkaitan dengan perkembangan sekolah kebangsaan di Malaysia. Dialog tersebut adalah perbualan antara wartawan dan ahli akademik. 

Aktiviti :

Di dalam dialog tersebut, antara topik-topik yang dibentangkan adalah mengenai peperiksaan Tahun 1 hingga Tahun 3 dimansuhkan untuk perkembangan pelajar yang lebih menyeluruh. Peperiksaan ini dimansuhkan dan diganti dengan pentaksiran alternatif. Selain itu, terdapat bantuan persekolah dan sarapan percuma diberikan kepada pelajar yang datang dari keluarga B40. Terdapat juga lain-lain topik yang dibincangkan. 

Gambar Disini

Tarikh    : 23 Mac 2019 

Masa     : 4.00 Petang

Peserta : 1 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Pada kali ini, peserta diminta untuk membuat rencana berkaitan isu semasa yang terjadi dalam negara. Isu yang dipilih islah pembunuhan di Masjid Al-Noor Christchurch, New Zealand. Isu ini merupakan salah satu isu yang paling hangat diperkatakan kerana pembunuhan yang dilakukan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Terdapat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam tragedi ini.

Aktiviti :

Peserta mencari segala maklumat yang diperlukan di internet. Kemudian peserta membuat rencana seperti yang diminta atas bimbingan pengajar. 

Gambar Disini

Tarikh    : 27 Mac 2019 

Masa     : 2.30 Petang

Peserta : 1 orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar cara-cara penggunaan email. Email salah satu platform penting dalam penghantaran maklumat berkaitan urusan rasmi atau tidak rasmi. 

Aktiviti :

Peserta diajar membuat email peribadi. Kebiasaannya pemilihan nama email adalah nama sendiri bagi memudahkan peserta mengingatnya. Setelah selesai membuat email, peserta diterangkan setiap satu yang terdapat dalam email, seperti inbox, spam, trash dan sebagainya. Peserta juga diajarcara-cara untuk menghantar email kepada penerima. 

Gambar Disini

Tarikh    : 19 Mac 2019

Masa     : 2.30 Petang

Peserta : 1 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Frog VLE membantu pelajar untuk belajar dalam kaedah yang mudah difahami. Aplikasi ini dapat menarik minat pelajar untuk menggunakannya kerana terdapat permainan-permainan berbentuk pelajaran. 

Aktiviti :

Peserta mencuba salah satu permainan yang disediakan oleh guru kelasnya. 

Gambar Disini