Tarikh    : 11 April 2019

Masa     : 4.00 Petang

Peserta : 1 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Kelas ini ialah sambungan kelas yang lepas dimana peserta masih lagi dalam bimbingan menaip. 

Aktiviti :

Peserta diminta menaip artikel berkaitan autisme. 

Gambar Disini

Tarikh    : 11 April 2019 

Masa     : 10.00 Pagi

Peserta : 2 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta mengenali Microsoft Word dari segi fungsi dan sebagainya. Pelbagai kegunaan boleh dilakukan dalam Microsoft Word, antaranya membuat surat, rencana, poster dan lain-lain. 

Aktiviti :

Peserta diajar untuk membuat poster, surat rasmi dan rencana mengenai pencemaran sungai. Pengajar akan menunjukkan dahulu cara-cara untuk membuat kerja, dan kemudiannya peserta akan membuat sendiri sehingga berjaya. 

Gambar Disini

Tarikh    : 10 April 2019

Masa     : 10.00 Pagi

Peserta : 2 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Kelas ini diadakan bertujuan membantu peserta membuat artikel yang menarik

Aktiviti :

Picture tools dan clip art dalam Microsoft Word diberi penekanan dalam kelas ini. Fungsi-fungsi setiap satunya diterangkan supaya peserta paham dan boleh membuat sendiri. Setelah diterangkan, peserta diminta untuk mencuba. Segala bahan (gambar) dicari dalam Google Chrome. 

Gambar Disini

Tarikh    : 10 April 2019

Masa     : 4.00 Petang

Peserta : 1 orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Tujuan kelas pada kali ini ialah untuk membantu peserta memahirkan dari segi penulisan di Microsoft Word. Latihan ini dapat membantu peserta untuk menaip dengan lebih cepat, pantas dan tanpa masalah lain. 

Aktiviti :

Peserta diminta untuk menaip satu artikel mengenai Autisme. Bahan disediakan, peserta hanya perlu menaip semula satu persatu ayat di dalam Microsoft Word.

Gambar Disini

Tarikh    : 2 April 2019

Masa     : 3.30 Petang

Peserta : 2 Orang

Lokasi  : PI Kg Selabak

 

Tujuan :

Powtoon merupakan salah satu aplikasi untuk mereka animasi 3D. Pelbagai jenis video animasi boleh dicipta oleh pengguna dengan menggunakan imej, muzik dan suara pengguna sendiri. Setelah siap, pengguna boleh memuatnaik ke Youtube, Facebook atau mana-mana sahaja. Penggunaan aplikasi ini membantu pengguna membuat animasi dengan lebih kreatif.  

Aktiviti :

Peserta mencari imej dia google dan kemudian memuatnaik dalam Powtoon untuk mencipta animasi bergerak. Pelbagai muzik, suara bunyi-bunyian dapat peserta gunakan dalam penghasilan video tersebut. Peserta dilihat sangat suka dan tertaril mengenai aplikasi ini. 

Gambar Disini