Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 20 Oktober 2020 : 4:00 Petang : 6 Orang : PIK Kg Selabak |
Tujuan :
Kuiz Kahoot diadakan bagi menguji sejauh mana para peserta mengenali Pusat Internet yang saban hari dikunjungi.
Aktiviti :
Terdapat 10 soalan dan hampir kesemua peserta dapat menjawab dengan betul.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 20 Oktober 2020 : 4:00 Petang : 6 Orang : PIK Kg Selabak |
Tujuan :
Klik Dengan Bijak pada kali ini petugas berkongsi maklumat mengenai sebaran maklumat palsu yang semakin berleluasa pada masa kini. Pelbagai langkah-langkah diterangkan oleh petugas dalam mengenalpasti maklumat yang disebarkan adalah benar atau palsu, serta menghalang penularan berita palsu dalam kalangan komuniti. Selain itu, oversharing juga diterangkan, dimana sangat merbahaya kepada diri sendiri jika terlalu berkongsi maklumat peribadi dalam media sosial. Disamping itu, baru-baru ini kita dikejutkan dengan kegiatan scam yang menyebabkan ramai kehilangan wang. Petugas menegaskan peserta perlu berhati-hati jika menerima mesej atau panggilan yang mencurigakan.
AKtiviti :
Peserta meneliti telefon masing-masing sekiranya terdapat mesej atau panggilan yang mencurigakan. Peserta juga mengambil nota-nota penting untuk bacaan sendiri.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 5 Oktober 2020 : 10:30 Pagi : 1 Orang : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan membantu peserta memahirkan dalam menggunakan Adobe Photoshop. Peserta ingin mahir menggunakannya atas keperluan peribadi.
Aktiviti :
Petugas membantu peserta untuk menggunakan Adobe Photoshop. Setelah itu, peserta dapat menggunakannya tanpa bantuan dari petugas. Walaupun belum mahir sepenuhnya, tetapi asas Adobe Photoshop dapat dilakukan dengan jayanya.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 11 Oktober 2020 : 8.00 Pagi : 100 Orang : Dewan Kampung Selabak |
Tujuan :
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pendidikan pencegahan yang bermula dari rumah. Ada diantara masalah-masalah dalam kalangan kita terjadi adalah bermula dari rumah. Justeru itu, program ini dapat membantu mengenali punca-punca serta cara mengatasinya. Petugas PIK juga menyampaikan taklimat mengenai kesedaran internet. Program ini merupakan anjuran dari Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Hilir Perak. Turut hadir bersama, iaitu Dato Azhar Bin Jamaluddin (Adun Changkat Jong) selaku perasmi program. Polis Diraja Malaysia juga turut terlibat dalam program ini.
Aktiviti :
Taklimat diberikan kepada para peserta yang hadir. Selain itu, pameran Antidadah juga diadakan bagi menyebarkan maklumat kepada orang awam dan komuniti setempat tentang tanggungjawab bersama dalam memastikan komuniti bebas dadah. Program Daftar Pemilih juga ada bagi peserta yang masih belum daftar pemilih. Aktiviti lain ialah penukaran minyak hitam percuma kepada peserta yang hadir membawa motor sendiri. Program berakhir dengan jayanya dan diakhiri dengan jamuan makan.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 19 September 2020 : 4.30 Petang : 1 Orang : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Kelas ini membantu peserta mengedit video yang dirakam dan perlu di muatnaik di Youtube. Tujuan peserta mengikuti kelas ini adalah tuntutan dari kerja hakiki peserta.
Aktiviti :
Peserta belajar dari asas kerana peserta tiada kemahiran dalam mengedit video. Filmora dipilih oleh peserta kerana aplikasi ini adalah antara aplikasi terkini yang banyak digunakan oleh rakan-rakan guru sekolahnya. Peserta mengikut setiap langkah yang ditunjukkan oleh petugas, dan dapat mengikuti kelas dengan lancar.