Tarikh

Masa 

Peserta     

Lokasi 

:     11 Oktober 2020

:     8.00 Pagi

:     100 Orang

:     Dewan Kampung Selabak

 

Tujuan :

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pendidikan pencegahan yang bermula dari rumah. Ada diantara masalah-masalah dalam kalangan kita terjadi adalah bermula dari rumah. Justeru itu, program ini dapat membantu mengenali punca-punca serta cara mengatasinya. Petugas PIK juga menyampaikan taklimat mengenai kesedaran internet. Program ini merupakan anjuran dari Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Hilir Perak dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Hilir Perak. Turut hadir bersama, iaitu Dato Azhar Bin Jamaluddin (Adun Changkat Jong) selaku perasmi program. Polis Diraja Malaysia juga turut terlibat dalam program ini. 

Aktiviti :

Taklimat diberikan kepada para peserta yang hadir. Selain itu, pameran Antidadah juga diadakan bagi menyebarkan maklumat kepada orang awam dan komuniti setempat tentang tanggungjawab bersama dalam memastikan komuniti bebas dadah. Program Daftar Pemilih juga ada bagi peserta yang masih belum daftar pemilih. Aktiviti lain ialah penukaran minyak hitam percuma kepada peserta yang hadir membawa motor sendiri. Program berakhir dengan jayanya dan diakhiri dengan jamuan makan. 

Gambar Disini