Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 28 Februari 2021 : 10:00 Pagi : 47 Orang : PIK Kg Selabak & Kediaman Masing-Masing |
Tujuan :
Pertandingan ini bertujuan memupuk semangat berpasukan dalam memenangi apa jua rintangan dan cabaran yang dihadapi.
Aktiviti :
Satu pertandingan mini e-sukan iaitu, Mobile Legends, telah diadakan pada tarikh tersebut dan disertai sebanyak 9 pasukan. Pertandingan bermula seawal 10:00 pagi dan berakhir pada 7:30 petang. Sambutan menggalakkan dari penduduk sekitar Kg Selabak dalam penyertaan pertandingan ini. Peserta bermain di kediaman masing-masing dan PIK Kg Selabak. Perlawanan juga sengit dimana terdapat pasukan yang berlawan selama tempoh hampir satu jam. Kesemua peserta bersemangat untuk berlawan bagi memenangi pertandingan ini.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 25 Februari 2021 : 9:00 Malam : 25 Orang : Aplikasi Zoom (Kediaman Sendiri) |
Tujuan :
Memberi penerangan tentang perlawanan Mobile Legends yang diadakan pada 28 Februari 2021.
Aktiviti :
Penerangan diberikan oleh Encik Azman Ishak selaku President E-sport Negeri Pahang.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 10 Februari 2021 : 10:00 Pagi : 2 Orang : PIK Kampung Selabak |
Tujuan:
Peserta ingin belajar cara-cara untuk edit video menggunakan Filmora. Peserta sangat berminyak dengan tugasan ini.
Aktiviti :
Petugas menunjukkan dahulu ciri-ciri yang terdapa dalam Filmora. Selain menggunakan PC/Komputer, peserta boleh memuatturun aplikasi Filmora di dalam telefon bimbit. Ini memudahkan peserta untuk mengedit video tanpa menggunakan komputer. Peserta mengikut apa yang diajar oleh Petugas dan membuat video pendek menggunakan Filmora.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 20 Februari 2021 : 11:00 Pagi : 2 Orang : PIK Kampung Selabak |
Tujuan :
Peserta ingin memahirkan lagi diri dalam penggunaan Microsoft Word sepenuhnya.
Aktiviti :
Peserta berlatih menaip dan membuat jadual menggunakan Microsoft Word. Peserta dapat menaip dengan baik dan betul dengan sedikit masalah ejaan.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 7 Februari 2021 : 10:00 Pagi : 2 Orang : PIK Kampung Selabak |
Tujuan :
Pelajar sekolah perlu mengemaskini maklumat peribadi terkini dalam laman sesawang kpm yang diberikan oleh guru mereka. Pengemaskini ini penting untuk memastikan maklumat peribadi pelajar adalah tepat dan terkini.
Aktiviti :
Peserta mendaftar nama ibu kerana maklumat pelajar hanya akan wujud jika didaftarkan atas nama ibu/bapa. Pelajar memulakan pengemaskinian maklumat peribadi kepada maklumat yang terkini.