Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 26 Ogos 2020 : 10.30 Pagi : 1 Orang : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan membantu peserta membuat resume untuk memohon jawatan kosong serta persediaan untuk menghadiri temuduga kerja.
Aktiviti :
Peserta mencari pelbagai contoh-contoh resume di Google sebagai rujukan. Peserta membuat resume sendiri dengan bantuan dari petugas bagi memastikan resume yang dibuat adalah yang terbaik.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 23.8.2020 : 10.30 Pagi : 7 Orang : PI Kg Selabak |
Tujuan:
Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai pertandingan poster berkaitan pusat internet yang sedang berlangsung.
Aktiviti :
Peserta menggunakan Postermywall di Google Chrome untuk membuat poster.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 15 Ogos 2020 : 11.30 Pagi : 4 Orang : PI Kg Selabak |
Tujuan:
Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada peserta mengenai keseluruhan pertandingan yang tengah dijalankan.
Aktiviti :
Para peserta mendengar dengan penuh perhatian. Selepas taklimat, para peserta sudah memulakan kerja-kerja membuat video ini.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 22.8.2020 : 10.00 Pagi : 1 Orang : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan membantu para usahawan memulakan perniagaan mereka di Shopee. Melalui kelas ini, para usahawan akan diajar bagaimana persediaan kedai, memasarkan kedai, menghantar pesanan dan menguruskan kewangan dari penjualan.
Aktiviti :
Petugas menerangkan Shopee kepada peserta beserta cara-cara menggunakannya. Peserta pula akan mengikut semua langkah-langkah yang ditunjukkan. Peserta diminta membuka satu akaun penjual di Shopee, dan memuatnaik satu produk.
Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 6.8.2020 : 8.30 Pagi : 20 Orang : Pusat Internet Kampung Permatang Sungai Manik |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan membantu para usahawan memulakan perniagaan mereka di Shopee. Melalui kelas ini, para usahawan akan diajar bagaimana persediaan kedai, memasarkan kedai, menghantar pesanan dan menguruskan kewangan dari penjualan.
Aktiviti :
Penceramah jemputan menerangkan Shopee kepada para usahawan beserta cara-cara menggunakannya. Para usahawan pula akan mengikut semua langkah-langkah yang ditunjukkan. Petugas Pusat Internet juga ada bagi membantu para usahawan yang tidak faham atau terlepas maklumat. Setiap usahawan perlu membuat akaun Shopee dan memuat naik sekurang-kurangnya satu produk di akaun Shopee mereka. Di akhir kelas, para usahawan sudah memahami cara menggunakan Shopee. Sijil juga diberikan kepada semua usahawan yang hadir.