Tarikh : 5 Mei 2018 Masa : 3.30 Petang Peserta : 40 Orang Lokasi : Tapak Koperasi Usahawan Jaya Desa Wawasan Selabak |
Tujuan :
Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat setia kawan dan juga gotong royong sesama penduduk Kg Selabak. Aktiviti ini juga bertujuan untuk persediaan dalam menyambut bulan ramadhan pada 17 Mei 2018. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama penduduk sekaligus saling mengenali bagi penduduk yang baru sahaja berpindah disini. Aktiviti ini diadakan dengan jayanya dengan bantuan para peserta yang terlibat dan berjalan dengan lancar.
Aktiviti :
Aktiviti ini dimulakan dengan rewang, dimana semua yang terlibat membantu dalam penyediaan bahan-bahan masakan (memotong, mengupas dan sebagainya). Selesai sahaja penyediaan bahan masakan, aktiviti seterusnya semestinya adalah memasak bubur lambuk. Sesi membersih juga diadakan bagi membersihkan kawasan sekitar. Selesai memasak, jamuan ringan diadakan, serta agihan bubur lambuk untuk penduduk setempat.