Tarikh : 9 Februari 2018 Masa : 3.30 Petang Peserta : 6 Orang Lokasi : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Supaya peserta dapat belajar perkara asas tentang adobe photoshop dan juga cara-cara untuk menyunting gambar.
Aktiviti :
Peserta diajar setiap kegunaan dalam adobe photoshop dan cara untuk menggunakannya. Selain itu, peserta juga diminta untuk menyunting gambar yang mudah.
Tarikh : 6 Februari 2018 Masa : 3.00 Petang Peserta : 2 Orang Lokasi : PI1M Kg Selabak |
Tujuan :
Supaya Peserta dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam membuat video pendek.
Aktiviti :
Peserta diberi beberapa contoh video pendek dan peserta diajar cara-cara untuk membuat video. Selepas itu, peserta mencuba sendiri untuk membuat video pendek.
Tarikh : 21 Januari 2018 Masa : 8.00 Pagi Peserta : Warga Kg Selabak Lokasi : Batu 4 Kg Selabak |
Tujuan :
Tujuan sukan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara warga kg selabak yang jarang sekali berkumpul disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Selain itu, sukan ini juga diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pelbagai aktiviti dapat dilakukan dalam meningkatkan kesihatan sendiri.
Aktiviti :
Sukan ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Mohd Azhar b Jamaluddin, Adun Changkat Jong. Sebanyak 34 acara yang dipertandingkan dalam sukan ini. Diakhir acara sukan, hadiah-hadiah diberikan kepada pemenang setiap acara yang dipertandingkan.
Tarikh : 28 Januari 2018 Masa : 8.00 Pagi Peserta : Penduduk Sekitar Teluk Intan Lokasi : Taman Intan Mas 3 |
Tujuan :
Program ini pertama kali diadakan di Teluk Intan yang bertujuan untuk memudahkan penduduk setempat untuk membeli barang basah dan kering dalam harga yang murah dan berpatutan.
Aktiviti :
Pelbagai barangan dijual dalam harga yang berpatutan.
Tarikh : 21 Januari 2018 Masa : 11 Pagi Peserta : Penduduk Sekitar Teluk Intan Lokasi : Pusat Perkhidmatan Parlimen Teluk Intan |
Tujuan:
Program ini bertujuan untuk membantu warga Teluk Intan yang kurang berkemampuan terutamanya warga tua supaya dapat membantu melancarkan kerja harian tanpa gangguan penglihatan.
Aktiviti:
Proses pengukuran mata dilakukan dan setiap seorang akan dapat cermin mata yang bersesuaian dengan penglihatan mereka.