Tarikh : 24 Oktober 2018 Masa : 10.00 Pagi Peserta : 1 Orang Tempat : PI Kg Selabak |
Tujuan :
Kelas ini merupakan sambungan kelas bimbingan yang diadakan pada 12 oktober 2018. Pada kali ini, kelas ini bertujuan membantu peserta dalam mengambil gambar terbaik dan menyunting gambar tersebut sebelum dimuatnaik dalam talian.
Aktiviti :
Peserta diajar mengambil gambar dari pelbagai posisi produk supaya dapat menghasilkan gambar yang menarik dan dapat menarik minat para pembeli. tidak dilupakan, latar belakang juga memainkan peranan penting dalam proses mengambil gambar, agar gambar tersebut jelas. Selepas itu, peserta juga diajar untuk menyunting gambar supaya tampak lebih menarik perhatian pembeli.