Tarikh Masa Peserta Lokasi |
: 8 Oktober 2024 : 7:00 Pagi : 789 Orang : SK Kampung Bahagia Teluk Intan |
Tujuan
Program ini adalah kerjasama bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hilir Perak dan SK Kampung Bahagia. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan berkaitan situasi kanak-kanak pada zaman kini, dari segi perlindungan dan pemeliharaan. Diterangkan juga langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibubapa, penjaga dan komuniti setempat jika berlakunya situasi yang boleh membahayakan nyawa kanak-kanak.
Aktiviti
- Penerangan dari Encik Muhammad Zulhilmi bin Zolkiffly, selaku Penolong Pengarah MCMC Negeri Perak berkenaan S.A.F.E. Internet, yang memberi pendedahan serta langkah-langkah yang sepatutnya diambil oleh kanak-kanak, serta ibubapa tentang risiko penggunaan internet.
- Pameran ( program & aktiviti terkini di NADI), pemeriksaan kesihatan, kuiz dan pelbagai lagi.
- Sambutan sangat luar biasa dari murid-murid dan guru sekolah.