Tarikh

Masa

Peserta     

Lokasi

:     22 Ogos 2023

:     9:00 Pagi

:     50 Orang

:     PEDi Kampung Selabak     

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memberi info mengenai Program KITAR yang telah dijalankan di PEDi yang terpilih, dimana jika terdapat barang elektronik yang rosak dan tidak digunakan, boleh dimasukkan dalam kotak KITAR. Selain itu, wakil dari JAPEN (Jabatan Penerangan) juga memberi penerangan berkaitan scammer, yang mana sangat berleluasa berlaku sekarang ini. Akhir sekali, penglibatan dari Tabika Kemas Kg Salabak sangat menggalakkan.

Aktiviti

Program dimulakan dengan pertandingan mewarna oleh peserta-peserta dari Tabika Kemas Kg Selabak, dan pemilihan pemenang dipilih oleh Guru Kemas sendiri. Selepas itu, slot penerangan oleh Pengurus PEDi Kg Selabak berkaitan Program KITAR dan diteruskan dengan penerangan oleh Pegawai Penerangan Daerah Hilir Perak, Encik Hanafi bin Ahmad berkaitan scammer. Majlis diteruskan dengan pengagihan bendera Jalur Gemilang oleh mantan Ketua Kampung Kg Selabak, En Hadi kepada semua peserta yang hadir. Nyanyian lagu merdeka diteruskan. Semua peserta menyanyi dengan penuh bersemangat. Sebelum mengakhiri program, sesi cabutan bertuah diadakan, dan seramai 11 orang penerima membawa pulang pelbagai hadiah. 

Gambar Disini