Lindungi anak anda dari bahaya Internet.
√ Pasang perisian kawalan ibu bapa untuk memantau aktiviti anak dalam talian.
√ Ketahui kenalan mereka di media sosial dan juga pergerakan mereka di luar dan dalam talian.
√ Bimbing anak-anak mengenai tingkah laku siber yang baik apabila mereka mula menggunakannya.
√ Ambil tahu mengenai trend terkini teknologi internet dan media sosial supaya kita dapat membimbing anak-anak menggunakan internet dengan selamat.